KUALA TERENGGANU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) komited bagi menyelesaikan dan menangani projek perumahan 'sakit' atau terbengkalai agar tidak terus berlarutan.
Timbalan menterinya, Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib berkata, setakat ini sebanyak 16 projek perumahan terbengkalai sedang dipulihkan.
Katanya, selain kenaikan harga barang, kesan COVID-19 juga antara punca yang dikenal pasti menyebabkan projek berkenaan terbengkalai.
“Pihak kerajaan bercadang telah memikirkan pendekatan untuk menyelaraskan masalah-masalah seperti ini supaya masalah rumah dapat diselaraskan dengan baik, tidak ada rumah terbengkalai.
"Kita tak nak salahkan mana-mana (pihak) tapi ini tidak boleh dielakkan (sebab) kadang-kadang pelbagai faktor penyebabnya termasuklah harga barang naik... barang ni bukan kerana negara kita, kerana barang-barang diimport dan sebagainya.
"(Jadi) hendak tak hendak, kita terpaksa berhadapan dengan fenomena seperti ini," katanya kepada media selepas merasmikan program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar, di sini, semalam.
Ismail berkata pihaknya serta jawatankuasa di bawah kerajaan juga sedang memantau dan menangani projek perumahan terbengkalai lain yang secara langsung memberi kesan khususnya kepada pembeli, peminjam.
Justeru, katanya KPKT juga telah mewujudkan 'war room' khusus untuk mendepani isu berkaitan perumahan, terutamanya membabitkan projek sakit serta kelewatan pemaju menyiapkan projek.
Menurut ismail, pendekatan itu bukan sekadar membabitkan semua projek perumahan di bawah seliaan KPKT seperti PR1MA, Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Perbadanan PR1MA, malah turut meliputi pemaju swasta.
Astro Awani
Sat Jun 18 2022
Ismail berkata, pihaknya sedang memantau dan menangani projek perumahan terbengkalai lain yang secara langsung memberi kesan khususnya kepada pembeli, peminjam. - Gambar fail/Astro AWANI
RM5 juta diperuntukkan bagi projek pemulihan di Sabah
RM5 juta diperuntukan bagi projek pemulihan 1,344 kebun koko di Sabah.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion, tingkat infra rakyat
Kutipan hasil negeri Sarawak diunjur mencecah RM16 bilion, mengatasi kutipan RM13.78 bilion pada tahun lepas.
DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.
'Saya juga ada matlamat....' - Siti Nurhaliza belum terfikir berhenti menyanyi
Penganjuran empat konsert berskala mega yang akan berlangsung di Singapura dan Genting Highlands itu bukan penanda dirinya akan meninggalkan dunia nyanyian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
PRU15: Shahidan, Ismail belum jadi ahli Pas - Takiyuddin
Pas izinkan Shahidan dan Ismail izinkan mereka bertanding guna logo Perikatan Nasional atas kuota Pas.
PRU15: Ismail Mutalib adakan sidang media esok
Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib sah akan mempertahankan kerusi Parlimen Maran yang disandangnya menerusi tiket Perikatan Nasional (PN).
KPKT komited tangani projek perumahan sakit, terbengkalai
Ismail berkata, setakat ini, sebanyak 16 projek perumahan terbengkalai sedang dipulihkan.
80 peratus anggota bomba diarah bertugas ketika cuti Aidilfitri
Baki 20 peratus lagi dibenarkan bercuti setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuk pernah bertugas pada raya tahun lepas.
Hentikan pekerja asing dahulu, sebelum pekerja tempatan
Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib menegaskan syarikat juga tidak boleh memberhentikan pekerja secara serta merta kerana ia jelas melanggar Akta Kerja 1955 (Akta 265).
Lebih 1.7 juta pekerja asing, beza gaji RM800 dengan bakat tempatan
Berdasarkan statistik Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), kebanyakan pekerja asing itu memenuhi sektor pekerjaan 3D iaitu bahaya, kotor dan sukar.
Kadar gaji minimum RM1,000 bermula Julai - Ismail
Semakan kadar gaji minimum dibuat dua tahun sekali untuk memastikan produktiviti dan daya saing pekerja berada pada tahap terbaik.
Pekerja diberhentikan kerja dinasihat mendaftar dengan Job Malaysia
Mereka yang diberhentikan kerja dinasihatkan mendaftar dengan portal Job Malaysia bagi memastikan mereka terus mendapat peluang pekerjaan lain.
14.2 juta tenaga kerja Malaysia produktif - Ismail Muttalib
Daripada bilangan itu seramai 13.78 juta pekerja adalah daripada sektor pertanian, perhutanan, ternakan, perkhidmatan, pembinaan dan lain-lain.
Perkeso tidak lindungi pekerja sertai perhimpunan Bersih 4.0
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak akan melindungi pekerja yang ditimpa kemalangan ketika menyertai perhimpunan Bersih 4.0 yang diadakan esok dan Ahad ini di ibu negara.